KOD SEKOLAH : BBA0008

            Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (SKRP) merupakan sebuah sekolah pinggir bandar yang terletak di dalam mukim Rantau Panjang di daerah Klang, di dalam negeri Selangor.SKRP di dalam kawasan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Meru. Ianya adalah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Jarak di antara SKRP dengan PPD Klang adalah lebih kurang 6.00 Km. Jalan perhubungan utama ialah jalanraya. SKRP merupakan sekolah gred A dengan bilangan murid seramai 3 022orang (2008), dan melaksanakan 2 sesi (pagi dan petang). Bilangan kelas dari tahap 1 hingga 2 ialah 78 buah termasuk 2 buah kelas prasekolah dan 4 kelas bangunan kilat.

          SKRP diterajui oleh seorang Guru Besar dengan dibantu oleh barisan Guru Penolong Kanan 1, seorang Penyelia Petang, guru-guru serta beberapa staf sokongan.Bilangan tenaga pengajar pula seramai 134 orang,

 iaitu :

         Bilangan guru      :    Lelaki             :           30 orang

                                        Perempuan     :           73 orang

        

           SKRP mempunyai 9 buah blok bangunan meliputi  makmal,  makmal komputer,  pusat sumber,  surau, bilik kemahiran hidup,kantin dan sebagainya. Terdapat bangunan tambahan yang dijangka siap bulan April manakala kelas prasekolah sudah berjalan seperti biasa. Seperti kelaziman, SKRP juga turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang lain serta sebuah padang untuk para pelajar melakukan aktiviti riadah dan bersukan.         

 

SEJARAH SEKOLAH

Mengikut data sejarah bertulis yang dipetik dari Buku Harian sekolah, Sekolah ini telah diasaskan oleh penduduk kampung bersama-sama seorang guru pelawat bernama Ibrahim dan Penghulu Raja Abdul Rahman pada 14 Januari 1914. Berikut merupakan sedikit daripada petikan catatan di dalam buku Harian Sekolah beliau :

 

            "Maka saya Ibrahim second visity Teacher bersama Penghulu Raja Abdul Rahman telah dimulai buka sekolah Rantau Panjang ini ................. kanak-kanak................47 orang ..........bangsa Palembang, Jawa, Banjar dan Bilah.........."

 

            Sekolah ini telah dibina dalam tahun 1914. Ini adalah hasil kerjasama daripada penduduk-penduduk kampung bersama seorang guru bernama Ibrahim dan Penghulu Raja Abdul Rahman. Bangunan tersebut berukuran lebih kurang 40 kaki panjang, dan 20 kaki lebar yang diperbuat dari kayu dan beratapkan nipah.

            Sekolah ini, pada masa dahulu dikenali sebagai sebagai :

                     -   Sek Rantau Panjang

                     -   Sek. Melayu Rantau Panjang

                     -   Sek. Umum Rantau Panjang.

            Sejak sekolah ini tertubuh, seramai 13 orang Guru Besar telah mentadbirnya. Guru Besar yang pertama ialah Encik Abdul Latif bin Abdullah. Pada masa kini, Encik Shaharudin Bin Abdul Majid  selaku Guru Besar di sekolah ini bermula bermula dari tahun 2000.

            Di awal Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, sekolah ini mempunyai satu badan yang dikenalli "Authority Board ", dimana pengerusi yang pertamanya ialah Tuan Hj. Mohd. Amin bin Hj. Mohd. Moin.

            Sewaktu tertubuhnya sekolah ini, iaitu pada 14 Januari 1914, hanya terdapat 2 orang guru dan 47 orang murid sahaja. Bilangan murid, kelas dan juga tenaga pengajar kian bertambah dari semasa ke semasa.

            Pada tahun 1926, kerajaan telah membina bangunan baru yang mengandungi 3 bilik darjah, dan menempatkan bangunan sementara pada tahun 1914.

           Jabatan Kerja Raya Klang telah menaik taraf bangunan sekolah tersebut pada tahun 1964. Pada tahun 1966, Kerajaan telah menambahkan lagi bangunan 4 bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik Guru Besar.

           Pada tahun 1974, En. Mohd Nor Bin Abdullah, Guru Besar ketika itu dengan sokongan " Board of Manager " telah memohon mendapatkan bangunan baru untuk menggantikan bangunan yang telah uzur dan juga untuk menempatkan murid-murid yang semakin ramai. Permohonan tersebut disokong kuat oleh JKK kampung dan telah diluluskan oleh pihak kerajaan.

           Sebuah bangunan 2 tingkat telah didirikan di atas tanah Lot No. 1065, 6944,3231 dan 1066. Bangunan tersebut digunakan sepenuhnya pada 04 Januari 1992.

           Dalam tahun 1985, sebuah bangunan 6 bilik darjah telah dibina, dan dalam tahun 1987 bermula pula 2 sesi persekolahan, iaitu sesi pagi dan petang. PIBG juga telah membina sebuah surau untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid sesi petang menunaikan solat serta menjalankan aktiviti keagamaan..

           Pada  tahun 1991, sebuah bangunan  empat bilik telah dibina dibawah " Crash Programes " dari Jabatan Pendidikan Selangor.  Pada tahun 1992, dua bilik darjah telah ditambah lagi memandangkan pertambahan murid begitu menggalakkan.

          Pada tahun 2002, sebuah bangunan sekolah baru telah didirikan untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai, dan bangunan tersebut  telah siap sepenuhnya dan mula digunakan pada Januari 2003.

 PIAGAM
Sentiasa meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah diri dalam suasana sekolah yang bersih,  menarik bekerjasama serta penyayang. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang sentiasa berusaha dan melaksanakan program peningkatan dan menyemai nilai-nilai murni disamping menjaga suasana harmoni dalam keceriaan sekolah untuk peningkatan prestasi.

VISI

Bertekat untuk menjadikan Murid Cemerlang, Guru Gemilang, dan SKRP Terbilang.

MISI
Memastikan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Dilaksanakan Dengan Jaya Selaras Dengan Aspirasi      FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Menuju Wawasan 202

LAGU SEKOLAH

Ilmu Suluh Hidup

Sekolahku yang indah
Kami bangga sentiasa
Wawasan negara asas utama
SKRP tercinta
Berusaha hingga Jaya
Kami terus mencuba
Cemerlang dicita kami bersedia
Tuhan bersama kita

Ilmu Suluh hidup
Harga tiada ternilai
Kuat azam dan cita
Mencapai matlamat diri
Jasa guru disanjung
Budimu tetap dihati
Bermotivasi berdisiplin tinggi
Amalan suci murni

 

 Ciptaan senikata dan gubahan : Pn. Noriza Ishak & En. Azman